fbpx

Lelaki acu pistol apabila disuruh simpan troli pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu van di Texas yang mengacu pistol apabila diminta mengembalikan troli yang diguna ke tempat asal. - Cart Narcs

AUSTIN, Texas – Seorang pemandu van di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) bertindak mengacukan sepucuk pistol apabila dia diminta mengembalikan troli pasar raya ke lokasi sepatutnya, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Kejadian mengejutkan itu dimuat naik di laman perkongsian Reddit dan mengundang kecaman orang ramai.

Perakam video meminta agar pemandu tersebut meletakkan semula troli di tempat asalnya sebelum meninggalkan pasar raya tersebut.

“Encik, sila kembalikan troli ini ke tempat asal sebelum pulang dan berhenti bersikap seperti seorang pemalas.

Pemandu van tersebut bagaimanapun bertindak di luar jangkaan apabila mengacukan pistol kepada perakam video dan menyatakan keengganannya untuk  berbuat demikian.

“Jangan paksa saya lakukan perkara yang saya tidak mahu,” jerit pemandu van itu sambil memegang pistol.

Perakam tersebut yang terkejut dengan kejadian itu berundur perlahan-lahan sebelum lari menyelamatkan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI