fbpx

Kanada gugur larangan derma darah oleh lelaki gay dan biseksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RISIKO jangkitan HIV pada bekalan darah dianggarkan sangat rendah iaitu 1 dalam 20.7 juta. - Getty

OTTAWA – Kanada membatalkan larangan menderma darah terhadap lelaki gay dan biseksual yang dilaksanakan semasa krisis perubatan HIV/AIDS pada tahun 1980-an dan 1990-an, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Keputusan mengenainya diumumkan kelmarin.

Sebaliknya, penderma darah di Kanada akan disaring mengenai tingkah laku seksual berisiko tinggi tanpa mengira jantina atau kecenderungan seksualiti mereka.

“Menerusi pendekatan saringan baharu ini, Perkhidmatan Darah Kanada akan memperkenalkan soal selidik mengenai tingkah laku seksual kepada semua penderma dan melibatkan semuajenis darah,’’ kata jabatan kesihatan dalam satu kenyataan.

Perubahan dasar itu yang akan dilaksanakan menjelang September ini, menandakan pencapaian penting ke arah sistem derma darah yang lebih inklusif, jelas kenyataan sama.

Mengulas pengumuman tersebut, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, ia adalah berita baik untuk semua warga negara. 

“Bekalan darah negara akan terus selamat dan kami akan menghapuskan larangan yang bersifat diskriminasi,’’ kata Trudeau.

Keputusan tersebut susulan perubahan pada polisi derma darah yang dilaksanakan sejak sedekad dan menyaksikan larangan menderma darah terhadap lelaki gay beransur-ansur dipendekkan daripada seumur hidup kepada tiga bulan pada 2019.

Larangan itu menyatakan bahawa lelaki yang melakukan hubungan songsang intim tidak boleh menderma darah jika mereka melakukannya dalam tempoh sebelum pendermaan. 

Selama bertahun-tahun, sebilangan peguam menyifatkan dasar itu sebagai diskriminasi dan tidak berdasarkan fakta sains.

Penyelidikan yang dipetik oleh Health Canada berkata, risiko jangkitan HIV pada bekalan darah, dengan semua sampel diuji dianggarkan sangat rendah iaitu 1 dalam 20.7 juta. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI