fbpx

Bangkit jana RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI KHADIJAH juga membuktikan dengan ada iltizam yang kuat beliau boleh berjaya dalam bidang perniagaan.

SINGAPURA – Walaupun ketika itu sedang berhadapan dengan masalah hutang, namun Pengasas Kaifiyyah Pte. Ltd., Siti Khadijah Abdul Aziz menanam impian untuk menjadi salah seorang usahawan jutawan.

Menurutnya, beliau teruja dengan kata-kata Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika menghadiri seminar Millionaire Marketing Mastery (MMM) sebelum ini.

“Saya ingat Dr. Azizan cakap masa itu, saya nak lahirkan 1,000 usahawan jutawan dalam masa enam bulan.

“Dalam hati saya berkata, saya pun nak jadi seorang daripada jutawan. Saya suka dengar usahawan jutawan,” jelasnya.

Setelah mengikuti program anjuran RichWorks, Siti Khadijah berjaya mencatat jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan saja.

Beliau yang sebelum ini pernah bertugas sebagai jururawat juga dapat menjelaskan hutang bertimbun iaitu sebanyak SGD100,000 (RM307,953).

Siti Khadijah juga membuktikan dengan ada iltizam yang kuat beliau boleh berjaya dalam bidang perniagaan dan meraih jualan RM4.04 juta pada tahun lalu.

Perniagaan pakaian yang diusahakannya kini mempunyai tiga unit kedai di kawasan strategik sekitar Masjid Sultan, di kota singa itu.

“Selain pasaran di Singapura, Kaifiyyah turut mendapat sambutan dari negara jiran seperti Brunei dan Malaysia,” jelasnya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Kaifiyyah boleh dapati di laman sesawang kaifiyyah.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI