fbpx
ANTONIO (tiga dari kanan) meledak gol tunggal West Ham ketika mereka tewas 1-2 di tempat sendiri menentang Frankfurt awal pagi semalam. – AFP

West Ham gagal manfaat kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengendali West Ham United, David Moyes meng­akui kecewa apabila pasukannya gagal memanfaatkan peluang ketika turun beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Eintracht Frankfurt pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi semalam.

West Ham yang menggalas impian mara ke final pertama kejohanan utama Eropah dalam tempoh 46 tahun terpaksa be­kerja keras menjelang perlawanan separuh akhir kedua di Deutsche Bank Park pada 6 Mei nanti.

“Keputusan ini bukan seperti yang kami mahukan. Kami tidak bermain dengan cukup baik untuk mendapatkan bekalan selesa ketika bertandang ke Deutsche Park nanti.

“Pada saingan tersebut, kami bermula agak perlahan sekali gus membuka ruang kepada pasukan lawan untuk menja­ringkan gol.

“Kami terlepas banyak pe­luang untuk mencipta gol meskipun ketika itu mampu menyamakan kedudukan. Namun, para pemain mensia-siakan peluang tersebut

“Kami akan berdepan perlawanan kedua dengan tugas sukar, tetapi kami akan lakukan yang terbaik untuk memburu tempat ke final,” kata Moyes.

Penyerang West Ham, Michail Antonio menganggap peluang mereka untuk ke final masih belum tertutup sepenuhnya sekali gus tekad untuk bangkit pada perlawanan kedua.

“Hari ini bukanlah persembahan terbaik kami. Ia bukan se­perti kami mahu memulakan perlawanan.

“Kami mengawal permainan dan mencipta peluang, tetapi tidak diselesaikan dengan cukup baik. Apa pun, masih ada peluang dan belum berakhir. Kami mahu menang,” katanya. – AGENSI

POPULAR