fbpx
ARTETA dilapor bersetuju untuk kekal di Emirates dengan menerima lanjutan kontrak baharu. - AFP

EPL: Arteta bakal kekal di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berpeluang untuk membina dinasti lebih besar di Stadium Emirates bagi mengukuhkan namanya sebagai individu terpenting dalam sejarah kelab.

Arteta kini berada dalam fasa rundingan untuk melanjutkan kontraknya dan laporan juga menyebut pengurus dari Sepanyol itu sudah menyatakan persetujuan untuk kekal menabur khidmat bersama The Gunners.

Kontrak semasa akan tamat penghujung musim ini dan jika kekal, ia bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Arteta sudah mencipta sejarah baharu dengan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun

Mengulas mengenai perkembangan semasa perbincangan bersama kelab, Arteta menjelaskan dia tidak pernah dihimpit rasa bimbang kerana kemahuannya adalah kekal bersama The Gunners.

“Saya berasa cukup gembira dan bersyukur untuk bekerjasama dengan orang yang saya bekerja sekarang,” katanya.

Secara dasarnya, tiada sebab untuk melihat Arteta meninggalkan pasukan yang sudah pun dibina sejak kehadirannya pada 2019 hingga membolehkan Arsenal dilabel salah satu pasukan terkuat di Eropah

Bagaimanapun, ketika ini belum ada gambaran jelas tempoh lanjutan kontrak, namun dikatakan bakal menyaksikan Arteta kekal sehingga 2029 dan menikmati kenaikan gaji beserta bonus lumayan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN