fbpx

Ramalan cuaca buruk di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang bakal berlaku membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang nanti.

“Di Kedah, ia melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan negeri Pulau Pinang.

“Selain itu, di Perak, hujan lebat serta ribut petir bakal melanda daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama pada petang ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Pahang ia dilaporkan tertumpu sekitar Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

Tambah MetMalaysia, bagi negeri di selatan Semenanjung pula, beberapa daerah di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor juga bakal dilanda cuaca buruk sepanjang tempoh yang sama.

“Manakala di Melaka, ia melibatkan kesemua daerah di negeri tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, di Sarawak, dua kawasan yang dijangka menerima hujan lebat petang ini adalah Miri (Telang Usan) dan Limbang serta beberapa bahagian di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI