fbpx

20,000 ekor ayam dijual RM5 seekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tiga kanan) menyerahkan ayam yang dijual dengan harga RM5 di Padang Astaka Tanjong Karang hari ini.

KUALA SELANGOR – Sebanyak 20,000 ayam dijual pada harga istimewa iaitu RM5 seekor sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, setiap individu hanya dibenarkan membeli dua ekor ayam.

“Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapat ayam murah pada harga RM5 untuk dijadikan juadah di hari raya.

“Sambutan hangat diterima daripada orang ramai bermula pukul 8 pagi. Hari ini dan esok kita menjual lagi sebanyak 10,000 ekor, “katanya ketika menghadiri program jualan ayam di Padang Astaka Tanjong Karang hari ini.

Turut hadir, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pihaknya berharap jualan tersebut dapat memberi kelegaan kepada rakyat yang menghadapi kenaikan kos hidup semasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI