fbpx

Fasa endemik : KKM tumpu penyakit tidak berjangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin menunjukkan buku Laporan PEKA B40 Tahun 2021 pada program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Peralihan fasa daripada pandemik Covid-19 ke endemik membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberi tumpuan semula kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) yang juga epidemik di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun pandemik Covid-19 merupakan kecemasan dari segi kesihatan awam, namun yang lebih berjangka panjang ialah epidemik NCD.

Katanya, hal ini kerana penyakit NCD tidak memperlihatkan gejala dalam tempoh masa terdekat berbanding Covid-19 iaitu dalam masa tiga atau empat hari.

“Kalau kita mengidap NCD, gejala kemudaratan itu mungkin hanya dapat dilihat beberapa tahun akan datang. NCD ini ibarat bom jangka dan kita tak tahu ia ada tetapi satu hari nanti ia meletup.

“Apabila ia meletup, jadi sudah terlewat sebab kita terpaksa menjaga atau merawat. Kita tidak dapat melaksanakan tindakan untuk mencegah NCD untuk jadi lebih teruk kepada rakyat,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan PeKa B40 Tahun 2021 di sini hari ini.

Dalam memberi tumpuan kepada penyakit NCD itu, beliau berkata, perlu dipastikan inisiatif saringan secara besar-besaran dapat dilaksanakan malah, KKM sendiri mempunyai kemudahan percuma kepada rakyat.

“Bayangkan hanya setengah juta daripada hampir enam juta yang layak memanfaatkan saringan kesihatan ini. Ia benda baik, percuma dan bukan susah kalau nak usahakan supaya dapat saringan kesihatan melalui PeKa B40 serta semua saringan kesihatan yang kerajaan ada. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI