fbpx

PM nasihat pakai pelitup muka di tempat sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra pada Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama petani, nelayan dan penternak di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan rakyat memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Menurut beliau, nasihat itu termasuk kepada umat Islam yang akan melakukan solat Aidilfitri dan menziarahi tapak perkuburan pada Syawal ini.

“Saya yakin kawasan kubur akan penuh sesak nanti dengan ratusan orang terutama ahli keluarga datang ziarah dan mungkin berhimpit walaupun bukan lagi kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama kira-kira 500 petani, nelayan dan penternak di Seri Perdana di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI