fbpx

PM berbuka puasa dengan petani, penternak, nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra pada Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama petani, nelayan dan penternak di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini..

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbuka puasa dengan petani, nelayan dan penternak dari seluruh negara di Seri Perdana di sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis kedua-dua Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I dan II iaitu Datuk Seri Ahmad Hamzah serta Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Program yang disertai kira-kira 500 tetamu dan berlangsung di Laman Sari kediaman rasmi itu juga disertai Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Tidak ketinggalan ialah Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Zamri Yaakob dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari.

Pada majlis berkenaan, Ismail Sabri turut meluangkan masa menyantuni sekumpulan 30 orang anak yatim yang didatangkan khas dari Pertubuhan Kebajikan Nur Ain, Bangi, Selangor

Beliau juga berkesempatan menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta mengerjakan sembahyang sunat tarawih dan witir bersama-sama jemaah yang datang sebelum pulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI