fbpx

Nelayan Vietnam cuba sabotaj APMM, rosakkan enjin bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian hasil laut yang dirampas daripada nelayan Vietnam di Pejabat Maritim Terengganu, Kuaal Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan tindakan sebuah bot Vietnam yang cuba melepaskan diri selepas disyaki menceroboh perairan negara pada kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Ariffin Ghazali berkata, bot nelayan yang mempunyai 15 kru warga Vietnam tersebut ditahan pada pukul 12 tengahari kira-kira 110 batu nautika dari timur Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kapal peronda APMM mengambil masa hampir 45 minit untuk memintas bot nelayan Vietnam berkenaan.

“Kumpulan nelayan Vietnam tersebut yang terdesak bertindak mensabotaj dengan merosakkan enjin bot mereka.

“Ia menyebabkan kerja-kerja untuk menunda bot nelayan berkenaan ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Kuala Terengganu di sini menjadi sukar sehingga memakan masa 24 jam,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI