fbpx

Jangan biar lembu, kerbau berkeliaran semasa perantau pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Penguat Kuasa MDGM menangkap seekor lembu yang berkeliaran di Kampung Renok, Gua Musang Ahad lalu. FOTO IHSAN MDGM

GUA MUSANG – Pemilik haiwan ternakan terutamanya lembu dan kerbau di daerah ini diminta mengawal ternakan mereka supaya tidak berkeliaran di sepanjang jalan raya utama ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Penolong Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), Wan Mohd. Afiq Wan Alias berkata, pemilik diingatkan agar tidak bersikap lepas tangan dengan membiarkan haiwan mereka bergerak bebas sehingga mengundang risiko kemalangan pengguna jalan.

Katanya, MDGM mengambil berat mengenai masalah haiwan ternakan berkeliaran di kawasan awam seperti di kampung, bandar dan jalan raya.

“Sehubungan itu, Jabatan Penguatkuasaan MDGM dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia telah melancarkan Ops Haiwan Rayau pada Ahad lalu bagi memburu haiwan ternakan yang dilepaskan berkeliaran di kawasan sekitar Gua Musang terutamanya sepanjang jalan utama laluan Gua Musang – Kuala Krai.

“Pihak MDGM berjaya membuat tangkapan seekor lembu betina di kawasan Kampung Renok di sini. Operasi dilakukan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan melibatkan kenderaan dan haiwan rayau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI