fbpx

Karnival jualan terpanjang, Ifa Raziah terima pengiktirafan MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFA ketika menerima sijil daripada MBOR yang disaksikan sendiri oleh Ismail Sabri baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pengacara popular Ifa Raziah menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) selepas acara jualan Starvendors Mega Raya Fest yang dianjurkannya berjaya mencipta rekod penganjuran terpanjang iaitu selama 75 jam tanpa henti.

Acara Starvendors Mega Raya Fest yang dijalankan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur itu sekali gus diiktiraf sebagai acara festival raya tanpan henti paling panjang pernah dianjurkan di tanah air, bermula 22 hingga 25 April 2022 lalu.

Menerusi hantaran yang yang dimuat naik dalam Instagram, Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkongsi sijil daripada MBOR yang diterimanya, disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

“Starvendors mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book Of Records. Festival raya tanpa henti terpanjang di Malaysia selama 75 jam. Malam gemilang ,” tulisnya.

Kejayaan yang diperoleh pelantun lagu Ser…Ser…Ser… itu turut diraikan bersama pengikutnya dalam Instagram dan dihujani dengan ucapan tahniah netizen.

“Tahniah kak Ifa. Bertambah cantik sekarang,” ujar seorang pengikutnya.

“Starvendors acara terbaik! Lain kali panjangkan lagi tempoh acara,” pinta seorang peminatnya.

“Tahniah Ifa atas pencapaian dan kerja keras awak akhirnya berbaloi,” komen seroang lagi pengikutnya.

Ifa yang juga merupakan Pengarah Urusan Starvendors Event Sdn. Bhd berkata, penganjuran acara festival raya bertujuan membantu para usahawan tempatan berniaga dan mencari rezeki.

Tahun lalu, Ifa tidak sempat menjalankan acara serupa apabila terpaksa akur selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021 iaitu sehari sebelum penganjuran festival raya yang dijadualkan membuka tirai.

Difahamkan Ifa mengambil masa selama tiga bulan untuk melunaskan semula bayaran yang telah dibuat oleh pemilik lebih 300 buah gerai melibatkan wang berjumlah hampir RM500,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI