fbpx

Quartararo kembali rampas takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO bersemangat untuk mempertahankan gelaran juara dunia selepas muncul juara pada perlumbaan GP Portugal kelmarin. –AFP

PORTIMAO – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo menyuarakan rasa lega dan puas selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algarve malam kelmarin.

Kemenangan itu sekali gus kembali meletakkan Quartararo dalam landasan terbaik untuk mengekalkan gelaran dunia yang dimenangi musim lalu apabila mendahului carta kejuaraan pelumba musim ini.

Pelumba dari Perancis itu mengakui sedikit beremosi de­ngan kemenangan tersebut memandangkan dia berada dalam situasi cukup sukar sejak awal saingan 2022 apabila gagal memenangi empat perlumbaan terdahulu.

“Saya fikir sudah lama tidak memenangi perlumbaan kerana kali terakhir melakukannya pada Ogos tahun lalu di Silverstone. Saingan pada musim ini sangat mencabar.

“Bagaimanapun, saya lega ke­rana dapat melakukannya pada perlumbaan kelima. Apabila memenangi kejuaraan, saya menjadi lebih bersemangat untuk ber­saing merebut kemenangan dalam setiap perlumbaan,” katanya.

Meskipun jentera Yamaha semakin menunjukkan kemajuan dari segi prestasi, namun pelumba berusia 23 tahun itu menjelaskan, ia tidak mengubah pendiriannya berbincang dengan pasukan lain bagi musim akan datang.

“Kemenangan ini sangat istimewa, sebab itulah saya agak beremosi. Bagaimanapun, ia tidak mengubah pendirian me­ngenai masa depan saya dalam perlumbaan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI