fbpx

Parah ditetak sekumpulan peminta hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bahagian depan rumah mangsa yang dipenuhi darah selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Kok Lanas, Kota Bharu hari ini. /FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang lelaki parah pada kedua-dua belah kaki selepas ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki yang datang secara mengejut dan meminta hutang di rumahnya di Kok Lanas di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 2.15 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berada di dalam rumah terdengar enjin kereta berhampiran rumahnya sebelum kejadian berlaku.

Menurutnya, sekumpulan lelaki itu dipercayai tiba-tiba menendang pintu rumah sebelum salah seorang suspek meminta mangsa menjelaskan hutangnya.

“Mangsa memaklumkan bahawa dia tiada wang dan sekumpulan lelaki itu terus menetak bahagian kakinya dengan senjata tajam hingga cedera dan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat termasuk menyiasat motif sebenar kejadian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI