fbpx

Mayat lelaki bogel ditemui terapung dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki yang ditemui terapung dalam Sungai Jinjang, Selayang petang tadi.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel ditemui terapung dalam Sungai Jinjang berhampiran Flat Taman Sri Murni Fasa 1, Selayang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 3.25 petang.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki bangsa dan warganegara tidak pasti itu dijumpai tanpa pakaian dan terapung dalam sungai disyaki telah meninggal dunia melebihi tempoh 24 jam.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang telah hadir ke lokasi kejadian untuk membantu mengangkat mayat lelaki yang dipercayai berusia 40-an naik ke tebing,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

“Mayat telah dirujuk kepada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI