fbpx

Mashaf Al-Quran Braille Malaysia penuhi keperluan OKU penglihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee (kanan) melancarkan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kejayaan penerbitan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) akan memenuhi keperluan kira-kira 25,000 orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang beragama Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, penerbitan itu juga membolehkan mereka membaca al-Quran dengan menepati dhabt dan rasm selari keperluan mashaf al-Quran Rasm Uthmani.

“Penghasilan mashaf tersebut menjadi satu wadah bagi golongan ini untuk mendampingi dan mengkaji isi kandungan serta pengajaran al-Quran dengan lebih mudah dan terperinci.

“Kesukaran berlaku sebelum ini kerana perbezaan penulisan al-Quran Braille versi lama tidak menepati Rasm Uthmani yang diguna pakai dalam al-Quran biasa di Malaysia. Contohnya perbezaan pada penandaan waqaf dan peralihan juzuk,” katanya pada Majlis Pelancaran Mashaf Al-Quran Braille Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2022M di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI