fbpx

Enam hari makan salji selepas terperangkap dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gullett (dalam kotak) berjaya bertahan enam hari terperangkap dalam kereta dengan memakan salji dan enam pek yogurt. - Mirror UK

SACRAMENTO, California – Seorang wanita di negeri California, Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap enam hari di dalam kereta akibat ribut salji bertahan dengan memakan salji dan enam pek yogurt, lapor akhbar Mirror UK  semalam.

Sheena Gullett, 52, terpaksa memakan bebola salji sebagai pengganti air bagi mengelak badannya mengalami dehidrasi sepanjang tempoh tersebut.

Gullett dan rakannya, Justin Honich terpisah apabila lelaki itu keluar mencari bantuan selepas  bateri kereta mereka mati disebabkan salji tebal.

Ribut yang melanda kawasan itu menyebabkan Honich tidak dapat mengesan lokasi Gullett  meskipun dia berjaya mendapatkan bantuan orang ramai.

“Saya tidak biasa dengan kawasan tersebut maka ia memakan masa untuk polis dan ambulans mencari lokasi di mana Gullett berada,” jelas Honich.

Phak berkuasa akhirnya dapat mengesan kedudukan Gullett selepas enam hari dan keadaan ribut salji yang semakin pulih.

Jabatan syerif dalam satu kenyataan akhbar berkata,  wanita itu ditemui dalam keadaan yang sangat trauma,  namun tidak mengalami kecederaan fizikal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI