fbpx

Ebit Lew belanja ‘anak punk’ Jakarta buka puasa, baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bersama anak-anak punk di Jakarta, Indonesia

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati berbelanja untuk sekumpulan ‘anak punk’ di Jakarta, Indonesia buka puasa dan membelikan mereka pakaian raya.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, Ebit meluahkan rasa syukur kerana dapat menyantuni anak-anak muda berkenaan yang disifatkan sebagai sopan dan lembut hati.

“Disebalik tatu mereka ada kisah air mata. Kami solat dan tazkirah bersama. Saya suap makan dan peluk mereka beberapa kali. Teringat pelukan mak ayah.

“Ramai menangis walau lain bunyi bahasa saya dengan mereka. Ulang kali saya kata Allah sayang abang, kakak, adik semua,” katanya yang sedang berada di Indonesia bagi melakukan misi kemanusian.

Ebit berkata, beliau mendengar kisah hidup ‘anak punk’ terbabit ada ibu bapa telah bercerai sejak kecil, malah ada yang tidak pernah jumpa ibu bapa mereka.

Tambah beliau, ada yang telah kehilangan ibu dan ada yang ayah dan ibu tidak mahu berjumpa lagi kerana masing-masing sudah ada isteri dan suami baru.

“Tak nak orang tahu itu anaknya. Ada yang telah 10 tahun di jalanan. Siapa sangka disebalik wajah garang mereka ini adalah ujian hidup.

“Saya aturkan supaya sebahagian mereka dapat keluar Tabligh. Berada di jalan Allah. Semoga anak muda yang baik ini semua dijaga Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI