fbpx

Ustazah Asma nasihat Aliff Syukri mohon ampun Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustazah Asma dan Aliff Syukri.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri supaya memanfaatkan Ramadan dan bukannya membuat sesuatu yang sia-sia.

Kata Asma’, Ramadan sebaiknya dimanfaatkan untuk memohon keampunan dan rahmat Allah.

“Islam tidak melarang masyarakat untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita berfikir dengan akal yang sihat supaya tidak melanggar batas agama.

Tangkap layar hantaran Ustazah Asma’ di Facebooknya yang menegur usahawan itu

“Benar, Islam juga menggalakkan perkembangan seni di dalam agama selagi ia biarlah yang bermanfaat dan tidak mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat,” katanya.

Asma’ mengkritik sebuah muzik video lagu hari raya dimuat naik oleh Aliff yang didakwa menyokong golongan LGBT.

Video itu berjaya meraih 1,037,484 tontonan di YouTube dalam masa enam hari.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa kesal apabila klip video tersebut memaparkan aksi ‘ghairah’ lelaki berbaju melayu dan songkok menari dengan lenggok badan yang melampau serta berbaring beramai-ramai sehingga mencalarkan imej lelaki melayu yang sejati. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI