fbpx

Sorok bekalan mercun, bunga api dalam pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mercun dan bunga api disorok di dalam pasar yang berjaya dirampas polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Cubaan seorang lelaki menjadi lot kedai di sebuah pasar di bandar raya ini sebagai pusat penyimpanan mercun dan bunga api tanpa permit gagal apabila helahnya berjaya polis semalam.

Serbuan di premis berkenaan menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai keseluruhan RM3,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, aktiviti penyimpanan mercun dan bunga api itu dipercayai didalangi seorang lelaki berusia 35 tahun.

“Suspek gagal mengemukakan lesen atau permit untuk menjual mercun dan bunya api berkenaan.

“Dia sekadar mendakwa mempunyai bekalan barang larangan tersebut daripada pihak lain,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 10 individu telah berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan mercun dan bunga api secara haram di bandar raya ini sepanjang bulan Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI