fbpx

Rosmah gagal lagi singkir hakim Mohamed Zaini kes AMLA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya buat kali kedua untuk menyingkirkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Bagaimanapun Rosmah berjaya menggantung perbicaraan kes yang sepatutnya bermula pada Rabu ini sementara menunggu rayuannya berhubung keputusan untuk menyingkirkan hakim itu diputuskan.

Terdahulu, hakim Mohamed Zaini menyatakan permohonan kali kedua Rosmah berdasarkan alasan yang sama dikemukakan dalam permohonan kali pertamanya.

“Perbezaannya, pemohon (Rosmah) kali ini memasukkan alasan bahawa saya telah mendengar kes lucut hak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pindaan laporan audit 1MDB. Ini hanya menambah rencah dalam permohonannya.

“Dalam kes lucut hak tersebut, saya telah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk pelucutan hak aset-aset membabitkan harta pemohon sendiri manakala kes laporan audit langsung tidak ada kena mengena dengan dirinya.

“Pemohon perlu dihalang daripada memfailkan perkara yang sama,” kata hakim itu.

Sementara itu dalam prosiding sama, hakim Mohamed Zaini turut menetapkan 24 Mei inibuntuk sebutan semula kes permohonan Rosmah untuk melucutkan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes pengubahan wang haramnya.

Pada 14 Disember tahun lalu, Rosmah gagal dalam permohonannya buat kali pertama untuk menyingkirkan hakim Mohamed Zaini berhubung kes yang sama.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Geethan Ram pada yang antara lain turut memohon kes AMLA dan LHDN yang dihadapinya didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi lain.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang hram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI