fbpx
YBR menyerahkan sumbangan kepada golongan fakir serta anak yatim di Sabak Bernam, semalam.

Yayasan Bank Rakyat sumbang RM20,000 kepada fakir, anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM20,000 terhadap 200 penerima bantuan golongan B40 di kawasan Parlimen Sabak Bernam, semalam.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat, Datuk Abd. Rahman Bakri berkata, pihaknya berharap sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila kerajaan memberikan kebenaran pulang ke kampung halaman kepada rakyat untuk bertemu keluarga.

“Diharap warga kota yang pulang ke kampung dapat mengambil rehat yang secukupnya sebelum mula memandu pulang ke destinasi masing-masing.

“Ini kerana kebanyakan punca-punca kemalangan adalah akibat keletihan, pemandu yang tidak cukup rehat dan mengantuk,” katanya ketika berucap pada Program Ihya Ramadan semalam.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima dalam kalangan fakir serta anak-anak yatim.

Turut hadir Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam program itu juga, majlis berbuka puasa turut disediakan bagi meraikan 1,000 tetamu termasuk 200 penerima sumbangan serta kehadiran pemimpin masyarakat di sekitar Sabak Bernam.

Sementara itu, Abd. Rahman turut mengajak seluruh penduduk untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Sabak Bernam yang akan diadakan pada 28 Mei nanti. – KOSMO! ONLINE

 

POPULAR