fbpx
Tangkap layar kuih dipercayai tart nanas yang hancur gara-gara tidak dibungkus dengan baik

Salah bungkus, lelaki sedih tart nanas jadi serbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan perasaan sedih apabila menerima bungkusan kuih raya yang dipesan dalam keadaan hancur sehingga tidak boleh dimakan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman sosial Akmal Aiman memaparkan keadaan makanan dipercayai tart nanas yang diterima olehnya menerusi penghantaran kurier baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, bukan sahaja kuih yang dipesan juga sudah hancur menjadi serbuk, namun bekasnya juga pecah menyebabkan kesemua kuih tersebut tidak boleh dimakan.

“Sedihnya pesan biskut, tetapi bila sampai tak boleh makan. Sampai hancur semua bekas,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai berpendapat bahawa pembungkusan makanan tersebut adalah tidak betul dan turut meminta individu berkenaan untuk mendapatkan ganti rugi daripada peniaga biskut terbabit.

“Anak saya pun jual biskut dan setiap pesanan mesti bungkus dengan bubble wrap (pembungkus gelembung) lepastu balut lagi dengan cylinder bubble (pembungkus silinder). Setakat ini tak pernah sebiji pun pecah. Penjual mesti ada tanggungjawab,” kata Azura.

“Penjual memang salah. Bungkusan seperti ini memang akan jadi debu. Kena guna balang dan setiap lapisan perlu alas buble wrap (pembungkus gelembung) dan di luar pun sama,” ujar Kamarul.

“Ingatkan kunyit, rupa-rupanya kuih. Suruh penjual ganti sebab pembungkusan tidak betul,” seloroh Puan Nadea. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN