fbpx

Lelaki lihat UFO bercahaya putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UFO tersebut mempunyai cahaya putih dengan terdapat sesuatu seperti awan atau asap pada bahagian hadapan. – Facebook UFO Sightings

LONDON – Seorang lelaki di  Lincolnshire, England, merakam imej objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di langit dan menyifatkan rakaman tersebut sebagai antara perkara paling aneh yang pernah dilihatnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Anthony Hockey, 31, merakam imej UFO tersebut dekat rumahnya sekitar pukul 8.45 malam (waktu tempatan), Khamis lalu.

Menurutnya, UFO tersebut mempunyai cahaya putih dan terdapat sesuatu seperti awan atau asap pada bahagian hadapannya.

“Ia bukan awan di langit, namun cahaya aneh berwarna putih yang bergerak bersama apa yang kelihatan seperti awan atau sejenis asap pada bahagian hadapan.

“UFO itu bergerak dengan amat pantas, mungkin terlalu pantas untuk sebuah pesawat. Ia dilihat selama tiga ke empat minit,” kata Hockey.

Tambah Hockey, disebabkan kawasan tempat tinggalnya tidak mempunyai banyak pencemaran cahaya, kejadian kosmik seperti tahi bintang dan serpihan angkasa lepas adalah perkara biasa yang dilihat di langit.

“Terdapat banyak pesawat Tentera Udara Diraja Britain yang melalui kawasan ini menuju ke lokasi latihan, namun UFO itu tidak mengeluarkan sebarang bunyi,” ujarnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI