fbpx

Kanak-kanak melecur angkara meriam karbaid meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak terbabit menunjukkan paip PVC yang digunakannya untuk membuat meriam karbaid di rumahnya di Kampung Ulu, Padang Sanai dekat Kuala Nerang.

KUALA NERANG – Seorang kanak-kanak lelaki melecur pada muka dan dada selepas meriam karbaid buatan sendiri meletup dalam kejadian di Kampung Ulu, Padang Sanai dekat sini pada 13 April lalu.

Kejadian kira-kira pukul 6.55 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 12 tahun memasukkan karbaid  dan air  ke dalam paip polivinil klorida (PVC) untuk melihat tindak balas bahan bakar itu.

Menurut kanak-kanak itu, kejadian berlaku di hadapan rumahnya selepas dia memasukkan bahan tersebut ke dalam sebatang paip selama 30 minit.

“Selepas saya masukkan bahan itu terdengar seperti tindak balas gas di dalam paip.

“Saya kemudian menyalakan pemetik api untuk melihat apa yang berlaku di dalam paip tersebut sebelum bahan api itu terus meletup,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI