fbpx

Pelumba rasai kesan, tidak terima gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Gazprom-Rusvelo Pro Team telah dibatalkan lesen mereka oleh UCI menyebabkan mereka tidak dapat menyertai perlumbaan dan tidak menerima bayaran gaji. – AGENSI

MOSCOW – Atlet serta pegawai pasukan berbasikal profesional berpangkalan di Rusia, Gazprom-Rusvelo Pro Team ditimpa mu­sibah besar apabila sudah tidak menerima sebarang bayaran gaji selepas diharamkan daripada beraksi pada kejohanan antarabangsa sejak dua bulan lalu.

Sebagai rekod, Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) telah membatalkan lesen yang dimiliki oleh pasukan berbasikal profesional dari negara Rusia dan Belarus susulan pencerobohan yang dilakukan ke atas Ukraine Februari lepas.

Susulan itu, nasib lebih 50 ­atlet, pegawai dan jurulatih pasukan Gazprom-Rusvelo kini seperti digantung tidak bertali apabila mereka tidak dibenarkan untuk menjalani latihan selain tidak menerima sebarang bayaran gaji sehingga kini.

Salah seorang atlet berbasikal Gazprom-Rusvelo, Marco Canola mengakui apa yang dilalui oleh pasukannya sangat tidak adil memandangkan konflik pepe­rangan yang melanda bukanlah kehendak mereka.

“Kami tidak tahu apa nasib kami selepas ini kerana situasi yang me­landa cukup tidak adil kerana kami tidak dibenarkan untuk menjalani latihan dan menyertai kejohanan antarabangsa. Lebih malang, kami semua tidak menerima bayaran gaji sehingga kini.

“Sukar untuk bayangkan 55 individu terjejas pendapatan atas bukan kehendak mereka sendiri dan kami semua memiliki keluarga masing-masing yang perlu diberi makan dan minum.

“Saya harap Presiden UCI, David Lappartient lebih peka de­ngan apa yang berlaku susulan hukuman yang dibuatnya sebelum ini. Dia perlu lebih berani agar kami dapat kembali ke lapangan semula dalam masa terdekat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI