fbpx

Juventus, Inter bakal buat perhitungan final Piala Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS berjaya menempah slot final Piala Itali selepas menyingkirkan Fiorentina dengan agregat 3-0 pada aksi separuh akhir. – AFP

TURIN – Juventus menempah pertemuan dengan Inter Milan di perlawanan akhir Piala Itali selepas menyingkirkan Fiorentina di pusingan separuh akhir menerusi kemenangan agregat 3-0.

Pada aksi timbal balik separuh akhir yang berlangsung di Stadium Allianz awal pagi semalam, skuad The Old Lady mencatat kemenangan 2-0 menerusi ja­ringan Federico Bernardes­chi dan Danilo.

Kemenangan itu sekali gus memberi sedikit kelegaan buat jurulatih, Massimiliano Allegri yang berdepan tekanan cukup tinggi ketika ini gara-gara aksi kurang memuaskan ditampilkan Juventus.

“Saya tidak minta lebih daripada pemain-pemain kerana tahu mereka sentiasa memberikan segala-galanya dalam setiap perlawanan. Boleh dikatakan pemain sama yang diturunkan sejak empat bulan lalu.

“Tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya mencapai objektif mara ke final Piala Itali. Kami mengharungi aksi yang cukup sukar selepas perlawanan menentang Bologna sebelum ini,” kata Allegri.

Biarpun mara ke perlawanan akhir dengan agregat yang agak selesa, namun beliau tetap memuji semangat juang ditunjukkan Fiorentina dalam kedua-dua aksi separuh akhir apabila memberi tekanan cukup tinggi terhadap skuad kendaliannya.

“Inilah bola sepak, kami perlu harungi cabaran sebelum mengecap kejayaan. Fiorentina bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan kerana mereka sangat berbahaya jika diberikan banyak ruang untuk melakukan sera­ngan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI