fbpx

Cuaca buruk landa 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk tersebut dijangkakan berlaku sehingga lewat malam nanti.

“Di Kedah melibatkan Kubang Pasu dan Kota Setar, Baling, Kulim dan Bandar Baharu mankala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Perak Tengah, Hilir Perak, Batang Padang, Manjung, Bagan Datuk dan Muallim.

“Selain itu, di Pahang pula membabitkan Raub, Temerloh, Maran, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Bera sementara di Selangor tertumpu di Hulu Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan di keseluruhan negeri Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Turut terlibat adalah Tangkak dan Muar di Johor serta Mukah (Daro), Kapit (Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak.

“Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang) dan keseluruhan kawasan Labuan,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI