fbpx

618 tokan dadah dicekup di jeti, perkampungan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya memberkas 618 tokan dadah selepas menggempur 113 jeti haram/ perkampungan nelayan dan 168 kawasan pot aktif menerusi Operasi Tapis Khas Siri 3 di seluruh negara dalam tempoh tiga hari bermula 18 April lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sepanjang operasi ini dilancarkan seramai 4,761 orang telah ditahan dan diperiksa.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3,724 individu telah diberkas yang terdiri daripada 3,574 lelaki, 150 wanita serta 189 warga asing yang berusia lingkungan 13 hingga 70 tahun.

“Kita juga menahan 618 orang tokan dadah dan 1,719 penagih dadah serta 174 orang ‘wanted person’ atas (pelbagai kesalahan dadah).

“Kita juga mencekup sembilan individu yang merupakan penjawat awam dan dua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta empat pelajar sekolah menengah yang berusia lingkungan 14 hingga 22 tahun kerana memiliki dadah dan positif THC,” ujarnya dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, JSJN, Menara 2 Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak JSJN menyasarkan kawasan penempatan nelayan pada operasi kali ini ekoran terdapat peningkatan jumlah nelayan yang terlibat dalam kegiatan pengambilan dadah.

“Hasil siasatan kita mendapati pengambilan dadah jenis syabu dan juga air ketum sangat tinggi masing-masing 22.96 kilogram (kg) dan 769.49 kg dalam kalangan nelayan yang ditangkap kali ini,” ujarnya.

Tegasnya lagi, dalam operasi tiga hari itu, sebanyak 811.38 kilogram (kg) dan 542.37 liter pelbagai jenis dadah berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM1.01 juta.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM3.91 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI