fbpx

Maddison layak sertai England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADDISON meledak 14 gol dalam semua kejohanan musim ini sekali gus membuktikan bahawa dia antara pemain yang konsisten dan perlu menyertai skuad England. – AFP

LEICESTER – Pengendali Leicester City, Brendan Rodgers menyeru agar perancang utama pasukan, James Maddison untuk tampilkan prestasi lebih konsis­ten agar dapat kembali dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan England selepas ini.

Sebagai rekod, Maddison telah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri musim ini selepas meledak 14 gol dalam semua kejohanan, ketinggalan hanya di belakang dua pemain antarabangsa England, Harry Kane (Tottenham Hotspur) dan Tammy Abraham (AS Roma).

Kata Rodgers, pemain ber­usia 26 tahun itu cukup bermotivasi untuk mengekalkan rentak positif kerana mahu menyarung jersi The Three Lions selepas kali terakhir dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Gareth Southgate tiga tahun lalu.

“Saya lihat Maddison antara pemain kelahiran England yang konsisten musim ini kerana dia bekerja keras sejak awal musim dan sudah tentu bakal mengejutkan semua pihak andai dia tidak berada dalam radar untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang. Bakat dan kemampuannya sangat diperlukan oleh England untuk mengharungi aksi Qatar nanti.

“Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan oleh Maddison kerana kini pilihan terletak di tangan Southgate. Apa yang pasti, saya bukan mahu menafikan pemain-pemain kelab lain, tetapi Maddison wajar diberikan peluang untuk ke Piala Dunia nanti berdasarkan persembahannya bersama Leicester musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI