fbpx

Mawar Karim tidak muflis – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR berkongsi kenyataan akhbar daripada peguam yang mewakilinya berhubung tuduhan telah bankrap oleh seorang individu baru-baru ini,

PETALING JAYA – Usahawan terkenal Mawar Karim disahkan tidak pernah muflis dan masih boleh menjalankan perniagaan seperti biasa.

Perkara tersebut disahkan peguam Mawar, Datuk Mohd. Imran Tamrin dan Mohd. Azali Ibrahim menerusi satu kenyataan malam semalam.

“Kami mengesahkan bahawa setakat hari ini (semalam), 18 April 2022 , Mawar masih lagi seorang yang tidak bankrap.

“Tidak ada sebarang notis kebankrapan yang telah diserahkan kepada beliau setakat hari ini.

“Segala urusan berkaitan kes ini termasuk perkembangan dan maklumat lanjut berkaitan kes dimaklumkan oleh pihak peguam,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim berdepan tindakan pengisytiharan bankrap susulan dakwaan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 kepada seorang rakan.

Sebelum ini, pada 13 April lalu, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu tampil mempertahankan diri selepas didakwa menjadi mangsa fitnah seorang individu yang digelar ‘S’ berhubung isu kononnya telah diisytiharkan bankrap selepas melarikan diri daripada membayar hutang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Mawar, 33, memberitahu telah beberapa kali menjadi mangsa fitnah kepada seorang individu yang digelar sebagai ‘S’ sejak tahun lalu lagi bermula dengan isu sekatan jalan raya, lari daripada hutang dan bankrap.

“Wahai ‘S’, tidak habis-habis lagi reka cerita fitnah fasal (pasal) saya. Tahun lalu pasal SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun pasal lari hutang. Tiba-tiba bankrap pula,” tulisnya.

Mawar menambah, individu bergelar ‘S’ tersebut memang sengaja mahu memalukan dirinya dengan menjaja cerita-cerita fitnah.

Sekadar info, selain mengasaskan perniagaan tudung, Mawar juga mempunyai perniagaan menjual barang perhiasan emas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI