fbpx

Kelab penyokong Perak FC sasar kutip RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIMI memaklumkan bahawa sumbangan boleh dihulurkan kepada Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau di talian 0103938167.

GABUNGAN Persatuan Penyo­kong Bola Sepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club) menyasarkan kutipan sebanyak RM1.7 juta untuk membantu pasukan Perak FC menyelesaikan kemelut kewangan sebelum tarikh 21 April depan.

Setiausaha Kehormatnya, Ha­kimi Halim optimis kutipan itu berjaya dicapai jika setiap rakyat Perak menderma RM1 seorang.

Menurutnya, keadaan amat terdesak dan hanya beberapa hari sahaja lagi bola sepak Malaysia bakal kehilangan satu lagi pasukan penuh tradisi, penuh sejarah pada saingan Liga Malaysia.

“Sebelum itu kita harapkan pemilik Perak FC selesaikan kemelut ini, namun saban hari keadaan semakin genting dan pasukan kita sudah di hujung tanduk.

“Jika pasukan gagal untuk menyelesaikan tunggakan gaji sebelum atau pada 21 April ini, maka First Instance Body (FIB) akan memutuskan tindakan seterusnya iaitu lesen ditarik balik dan disingkirkan dari Liga Malaysia,” katanya.

Beliau turut merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak agar menghulurkan bantuan kewangan RM1 seorang untuk merea­lisasikan harapan penyokong bola sepak Perak.

“Kita boleh lihat sendiri sehingga hari ini, masih belum ada sebarang kepastian kemelut pengambilalihan kelab, kami terpanggil untuk selamatkan kelab kesayangan kami.

“Apa yang lebih penting memastikan survival Perak FC dalam saingan Liga-M. Rakyat Perak boleh buktikan dengan menyalurkan sumbangan. Kami juga seru mana-mana pihak atau syarikat yang mempunyai kewangan kukuh untuk menyumbang,” katanya.

Tambah Hakimi, sesuatu yang amat malang bagi Perak FC yang menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun lepas, diturunkan takhta liga dan kini berdepan pula penyingkiran dari Liga Malaysia.

“Kami rayu agar seluruh rak­yat Perak menjayakan usaha ini sebelum terlambat dan kita seru kepada kerajaan negeri untuk bantu pasukan buat kali ter­akhir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI