fbpx

Rayuan tunai haji boleh dipohon melalui THiJARI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bermula esok hingga 18 Mei depan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abul Rahman berkata, permohonan secara dalam talian ini adalah kemudahan yang disediakan TH bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.

“TH membuka permohonan rayuan haji sebelum jumlah kuota diumumkan sebagai langkah untuk mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat-saat akhir.

“Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, aplikasi THiJARI tersebut bagi memudahkan urusan pendeposit.

“Ia akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.

“Aplikasi tersebut boleh dimuat naik secara percuma melalui Google Play atau App Store,” ujarnya.

Menurutnya, pendeposit hanya perlu melakukan tiga langkah untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.

“Pertama, dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my. Kedua, pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.

“Ketiga, masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi dan setelah selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI,” jelasnya.

Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI