fbpx

Dua remaja parah, SUV dinaiki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja yang parah dalam kemalangan tersebut

SHAH ALAM – Dua remaja lelaki cedera parah manakala dua lagi rakannya terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 12.5 Lebuhraya Persekutuan, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.47 pagi itu, mangsa yang cedera adalah pemandu, Kh’ng Bin Yong dan Yong Zu Wei yang duduk di bahagian penumpang hadapan dengan masing-masing berusia 17 tahun.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 11 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.49 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan SUV Proton X70 dinaiki empat remaja telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Setiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 12.55 pagi didapati dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang hadapan tersepit di ruang hadapan manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan.

“Anggota bomba yang berjaya mengeluarkan mangsa mendapati kedua-dua cedera parah di bahagian kaki masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam menjelaskan, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini untuk rawatan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI