fbpx

Pencakar langit paling ‘kurus’ sedia untuk didiami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara ini mempunyai 84 tingkat dengan 60 pangsapuri mewah yang boleh dimiliki pada harga RM279 juta. - 111w57.com

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah bangunan pencakar langit yang dikatakan paling ‘kurus’  di dunia telah siap dibina dan sudah bersedia untuk menerima kehadiran penyewa, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Bangunan  diberi nama Menara Steinway itu didakwa oleh syarikat pemaju hartanah, JDS Development Group and Property Markets Group sebagai pencakar langit paling kurus dengan  dengan lebar hanya 17 meter.

Menara yang terletak di 111 West 57th Street setinggi 435 meter itu dilaporkan antara yang tertinggi di Hemisfera Barat.

Bangunan memiliki 84 tingkat itu menempatkan kira-kira 60 pangsapuri dan terletak bersebelahan dengan Steinway Hall.

Pembinaan Menara Steinway  bermula pada 2013 dengan bangunan itu mengambil masa hampir sembilan tahun untuk siap sepenuhnya.

Reka bentuk bangunan itu adalah berdasarkan inspirasi era keemasan bangunan pencakar langit di Manhattan.

Lima tingkat pertamanya menempatkan kediaman mewah dan mempunyai kolam renang bersaiz 24 meter, dewan makan peribadi serta pusat kecergasan.

Bahagian hadapannya dibina menggunakan blok terakota dan kelihatan seperti berubah warna jika dilihat pada sudut dan waktu yang berbeza dalam sehari. 

Menara Steinway kini sedia untuk dihuni dengan kediamannya dijual pada harga sekitar AS$66 juta (RM279 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI