fbpx

Wanita diminta kongsi tandas dengan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS Camden yang kekurangan dana membenarkan lelaki untuk berkongsi tandas awam dengan wanita di hujung Parway yang terletak berhampiran stesen kereta api Tube. – MailOnline

LONDON – Pentadbiran bandar Camden di London mencetuskan kemarahan orang ramai selepas menukar status tandas awam wanita menjadi tandas uniseks, lapor portal berita MailOnline semalam.

Majlis Perbandaran Camden sebelum ini menerima kecaman selepas membelanjakan wang beribu-ribu pound untuk membina lintasan pejalan kaki yang memiliki warna ‘bendera transgender’ walaupun corak tersebut berisiko mengelirukan pengguna cacat penglihatan.

Wanita yang mahu menggunakan sebuah tandas awam tersebut di Parkway, Camden diminta untuk berkongsi dengan lelaki kerana pihak pentadbiran kekurangan dana untuk membina tandas berdasarkan jantina.

Tandas awam wanita itu dibina selepas seorang pengarang drama Ireland, George Bernard Shaw berkempen untuk mendapatkan kemudahan berasingan bagi wanita. 

Beberapa pegawai berkata, tandas awam lelaki di kawasan itu terpaksa ditutup berikutan isu penjarakan sosial ketika pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, ia kekal ditutup kerana majlis perbandaran berkenaan sedang mencari dana untuk membaikinya, demikian menurut akhbar Camden New Journal.

“Saya fikir ia sangat membimbangkan kerana isu tanda ini tertakluk kepada peruntukan. Kalau ada dana untuk perkara lain, pihak pentadbiran mesti ada dana untuk tandas awam. 

“Adalah penting untuk wanita mempunyai tandas mereka sendiri. Tandas di Parkway dibina hasil daripada kempen oleh George Bernard Shaw. 

“Kami adalah daerah pertama yang mempunyai tandas awam untuk wanita dan agak gila jika kami adalah yang pertama menghapuskannya,’’ kata ahli majlis perbandaran Camden, Richard Cotton. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI