fbpx

Lelaki Ukraine berpakaian wanita elak kerahan tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAWAL sempadan Ukraine bersoal jawab dengan lelaki yang ingin meninggalkan negara melalui Moldova. – Perkhidmatan Pengawal Sempadan Ukraine

KIEV – Perkhidmatan Pengawal Sempadan Ukraine membuat penemuan mengejutkan di sebuah persimpangan di bandar Moldova apabila mereka menahan seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita dalam percubaan untuk melarikan diri dari negara itu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Mereka memberhentikan sebuah teksi kelmarin dan menemui seorang penumpang bersuara seperti lelaki tetapi memakai pakaian wanita.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Pengawal Sempadan di laman Twitter, penumpang berusia 26 tahun itu membawa sijil kerahan tentera ketika cuba memasuki Moldova. Ia menimbulkan curiga anggota-anggota pasukan keselamatan berkenaan.

Di bawah undang-undang tentera yang dikuatkuasakan pada masa ini di Ukraine, semua lelaki berusia 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan negara itu. Mereka sebaliknya perlu menyertai pasukan tentera untuk memerangi Rusia.

Video kejadian menunjukkan lelaki tinggi lampai yang memakai topi kulit  itu keluar dari kereta dan disoal oleh pengawal sempadan di tepi jalan.

Mereka menggeledah but kereta lalu menemui beg pakaian dan bagasi untuk perjalanan jauh. Soal siasat berlaku untuk tempoh yang lama, dengan lelaki yang menyamar itu seolah-olah memberi sedikit penjelasan.

Suspek seterusnya dilihat menandatangani beberapa dokumen. Tidak dijelaskan apa yang berlaku kepada lelaki itu selepas kejadian tetapi diandaikan bahawa dia tidak berjaya sampai ke Moldova. 

Mariupol yang terletak tidak jauh dari Moldova telah dikepung tentera Rusia selama berminggu-minggu, menjadikan bandar pelabuhan itu lengang dengan ramai orang awam meninggal dunia akibat serangan atau mengalami kelaparan. 

Beberapa laporan mendakwa bahawa Mariupol akan jatuh ke tangan tentera Rusia dalam masa terdekat selepas pertempuran sengit yang menyaksikan pasukan marin Ukraine menyerah kalah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI