fbpx

Ukraine selar EU masih import bahan api dari Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zelensky menggesa Jerman dan Hungary untuk memboikot pembelian gas dan minyak dari Rusia sebagai tanda sokongan kepada Ukraine. - AFP

KYIV – Presiden Volodymyr Zelesnkyy menyelar negara-negara  Eropah yang beliau dakwa sebagai  ‘mengaut keuntungan daripada penderitaan rakyat Ukraine’ kerana enggan berhenti membeli minyak mentah Rusia, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Zelenskyy menumpukan tuduhannya kepada dua negara Eropah iaitu Jerman dan Hungary kerana enggan menyertai  kempen untuk memboikot pembeli bahan api  dari Rusia.

“Saya tidak faham bagaimana anda boleh terus mengaut untung hasil daripada titisan darah rakyat di Ukraine.

“Kita perlu berbincang bagaimana untuk mengatasi isu ini dengan mencari jalan penyelesain kepada negara yang masih bergantung kepada Rusia untuk bekalan minyak dan gas asli,” kata Zelenskyy.

Angka terbaharu pada minggu lalu menunjukkan bahawa Kesatuan Eropah (EU) membayar sebanyak AS$37 bilion (RM156 bilion) kepada Rusia untuk pembelian gas sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

EU telah mengharamkan import arang batu Rusia tetapi menolak seruan untuk memboikot pembelian gas asli dan minyak dari Rusia sepenuhnya.

Blok itu menerima kira-kira 40 peratus bekalan gasnya dari Rusia.

Minyak Rusia yang menyumbang satu perempat daripada sektor import Jerman, turun daripada 35 peratus sebelum pencerobohan, manakala import gas telah susut kepada 40 peratus berbanding 55 peratus sebelum ini.

Britain yang mendapat kira-kira lapan peratus minyaknya dari Rusia berkata,  ia akan menamatkan kebergantungan kepada bahan api Moscow secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, dalam usaha untuk terus menunjukkan sokongan kepada Ukraine, Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk menghantar pegawai peringkat atasan ke Kiev.

Perbincangan mengenainya  dilaporkan masih berlangsung di Washington. AS dijangka  mengatur lawatan peringkat tinggi sebagai tanda sokongan kepada Ukraine tetapi menurut beberapa pegawai, kunjungan itu tidak akan melibatkan Presiden Joe Biden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI