fbpx

Pemandu Toyota C-HR serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian langgar lari yang tular di media sosial dipercayai berlaku di Iskandar Puteri, Johor, 11 April lalu.

ISKANDAR PUTERI – Pemandu kenderaan jenis Toyota C-HR yang menjadi buruan polis setelah terlibat dalam satu kejadian langgar lari di sekitar bandar raya ini telah menyerah diri awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia 31 itu telah hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada pukul 1.45 pagi.

Beliau berkata, peniaga ikan ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara melulu dan membahayakan.

“Setelah suspek hadir ke Balai Polis Trafik, dia telah ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes langgar lari itu.

“Suspek telah ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu lalu, pihak polis mendapat maklum mengenai kejadian berkenaan pada 10 malam apabila dua rakaman video berdurasi 34 dan 23 saat yang tular di media sosial.

Rakaman video itu memaparkan dua kejadian berasingan langgar lari dua buah motosikal yang berlaku di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Air Hitam dan di Persiaran Ledang, dekat sini, 11 April lalu.

Video yang tular menunjukkan kenderaan jenis Toyota C-HR berkenaan merempuh sebuah motosikal selepas melakukan pusingan U sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Sementara itu, video kedua pula memaparkan rakaman menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan segala kejadian sama ada jenayah atau melibatkan keselamatan orang ramai kepada pihak polis dan jangan sesekali mengambil tindakan sendirian yang boleh membahayakan diri sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI