fbpx

Bulan madu di AS, Pasangan BinJin diserbu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN BinJin berlepas ke AS bagi berbulan madu selepas berkahwin pada 31 Mac lalu.

NAMPAKNYA tiada siapa yang mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan pasangan Hyun Bin dan Son Ye-jin selepas mereka dikatakan terbang ke Amerika Syarikat bagi berbulan madu.

Selepas penerbangan yang panjang, pasangan pengantin baharu itu tiba di Lapangan Terbang Tom Bradley, Los Angeles pada awal pagi Selasa lalu.

Sejurus mendarat di lapangan terbang, Hyun Bin dan Ye-jin telah diserbu oleh sekumpulan peminat yang sekian lama menantikan mereka.

Bahkan Hyun Bin dilihat sentiasa menjaga isteri kesayangannya dan memastikan Ye-jin tidak lemas diterjah peminat.

Biarpun terus dihambat peminat, mereka berdua tetap tersenyum dan dengan senang hati menerima pelbagai hadiah daripada peminat.

Biarpun dalam perjalanan bulan madu, pasangan itu dipuji kerana sempat meluangkan masa untuk bergambar dan menandatangani autograf buat peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI