fbpx

Ten Hag sudah setuju sertai The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG dilaporkan sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai United, namun sebarang pengumuman hanya akan dibuat selepas berakhirnya aksi Piala Belanda. – AFP

MANCHESTER – Peminat pasukan Manchester United dilapor­kan cukup gembira selepas terdapat laporan bahawa Erik Ten Hag sudah bersetuju secara lisan untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus tetap pasukan itu.

David Orns­tein yang merupakan pemerhati bola sepak Eropah dalam satu tulisannya mendedahkan:

“United telah mendapatkan persetujuan lisan daripada Ten Hag untuk menjadi pengurus kekal. Mereka kini perlu meng­adakan rundingan bersama Ajax sebelum tawaran kontrak dipercayai untuk tempoh empat tahun dikemukakan.

“Tidak ada sebarang peng­umuman akan dibuat sehinggalah berakhirnya aksi Piala Belanda apabila Ajax akan berdepan PSV Eindhoven pada 17 April nanti,” katanya.

Ten Hag ketika ini merupakan pilihan No. 1 dalam kalangan ahli lembaga pengarah United dan sudah pun menjalani proses temu duga bersama kelab itu selain Ajax juga sudah memberi bayangan bahawa mereka akan kehilangan khidmat jurulatih berkenaan.

Dalam pada itu, bekas pemain pertahanan United, Jaap Stam mengakui beliau sedia untuk kembali semula ke Old Trafford sekiranya diberikan peranan selepas namanya turut dikaitkan sebagai salah seorang jurulatih yang akan membantu Ten Hag.

“Saya terbuka untuk apa sahaja jawatan di Manchester Uni­ted. Saya sangat gembira untuk bekerja dan berada di sana, saya terhutang budi de­ngan kelab ini.

“Jika saya diberi peluang, saya sedia untuk membantu United, tidak ada masalah. Mungkin ada peranan yang sesuai untuk saya memberikan sesuatu kepada kelab ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI