fbpx

Mercedes tidak yakini Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON berdepan kesukaran pada tiga perlumbaan awal musim ini ekoran kegagalan mencari pelarasan terbaik untuk jentera W13. – AFP

LONDON – Pasukan Mercedes mengakui peluang pelumbanya, Lewis Hamilton untuk meraih gelaran dunia Formula Satu (F1) pada musim ini hanya 40 peratus walaupun kenyataan itu dianggap sebagai sandiwara ketika ramai yang sedar bahawa pasukan yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom bakal melakukan sesuatu.

Prinsipal Mercedes, Toto Wolff memperjelaskan situa­si yang dihadapi pasukannya selepas menampilkan persembahan hambar ekoran bergelut untuk mencari pelarasan terbaik jentera baharu W13 milik mereka.

Keadaan tersebut menyebabkan Mercedes melihat peluang mereka terutama menerusi pemandu utama, Hamilton untuk kembali memburu gelaran dunia kelapan musim ini kelihatan agak sukar.

Pada ketika ini, Hamilton ketinggalan 43 mata, manakala rakan sepasukannya, George Russell kekurangan 34 mata berbanding pendahulu kategori pelumba dari pasukan Ferarri, Charles Leclerc.

Meskipun sukar, Wolff meng­akui pasukannya tidak berputus asa dan yakin peluang itu masih ada buat mereka.

“Secara matematik, peluang kami merebut kejuaraan dunia kelihatan sukar, tetapi dalam perlumbaan seperti F1 ini, apa sahaja boleh berlaku.

“Pasukan mungkin gagal menamatkan perlumbaan (DNF) dan jika kami boleh menghasilkan potensi sebenar, tidak mustahil kami boleh kembali ke landasan kemenangan.

“Sebagai prinsipal pasukan ini, boleh saya katakan dari segi peratusan adalah 40 hingga 60. Memang sukar tetapi peluang itu tetap ada,” katanya.

Mercedes kini di kedudukan kedua pengeluar ketinggalan di belakang Ferrari yang berkelebihan 39 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI