fbpx

Kerajaan Johor salur RM144.46 juta ‘duit raya’ menjelang Aidilftri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghantar makanan antara penerima bantuan RM300 menerusi insentif khas Bantuan Kasih Bangsa Johor.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri mengumumkan insentif khas Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) melibatkan peruntukan sejumlah RM144.36 juta yang memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat di negeri ini menjelang Aidilfitri nanti.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan melibatkan 28 inisiatif yang dikenal pasti bagi meringankan beban Bangsa Johor tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, darjat mahupun latar belakang merangkumi lima Kategori utama iaitu kemasyarakatan, kebajikan, orang muda Johor, pendidikan dan ekonomi.

“Menerusi kategori kemasyarakatan, seramai 903,000 ketua isi rumah di seluruh negeri ini akan menerima bantuan beras seberat 10 kilogram membabitkan peruntukan RM23.67 juta.

“Bantuan RM300 turut disampaikan kepada 25,457 pekerja terpilih membabitkan pekerja GIG, pemandu teksi, e-hailing, penghantar makanan, pemandu bas awam dan bas ekspres serta nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan melibatkan dana sebanyak RM7.64 juta,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, menerusi kategori kemasyarakatan seramai 4,590 imam, bilal dan noja masjid dan surau selain penggerak masjid serta penyedia al-Quran di bawah bantuan imarah masjid menerima sebanyak RM500 seorang.

“Bantuan RM500 turut disampaikan kepada seramai 627 ketua kampung dengan peruntukan sebanyak RM313,500. Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Johor dan Persatuan Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor masing-masing menerima bantuan geram sebanyak RM120,000,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI