fbpx

Cabaran mengajar anak berpuasa sedari kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP kali anak anda berjaya menghabiskan puasa, beri pujian sebagai galakan kepadanya.

BAGI ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, ketibaan Ramadan pastinya menjadikan mereka begitu teruja untuk turut sama berpuasa.

Namun, melatih kanak-kanak untuk berpuasa bukanlah satu perkara yang mudah.

Ini memandangkan, mereka tidak mempunyai pengalaman dan mungkin menganggap ia sebagai satu perkara yang sukar.

Dari sudut pandangan Islam, umumnya kanak-kanak yang belum akil baligh tidak diwajibkan untuk menunaikan ibadah berpuasa seperti orang dewasa.

Minggu ini, Horizon kongsikan beberapa tip untuk mengajar anak-anak untuk mula belajar berpuasa bagi membiasakan mereka dengan perkara itu.

1. Fahamkan tentang puasa

Sebagai langkah permulaan, ceritakan kepada anak-anak mengenai ibadah berpuasa. Sebagai contoh, anda boleh membaca buku, melukis tentang ibadah puasa kepada anak-anak atau pun menonton video untuk membina kefahaman mengenainya.

Kanak-kanak lebih mudah mengikuti sesuatu perkara sekiranya mereka memahami mengapa ia perlu dibuat.

Mereka akan mula ikut berpuasa seperti orang dewasa.

2. Hidangkan makanan kegemaran

Golongan ibu perlu memainkan peranan dengan menyediakan menu yang seimbang dan menarik ketika bersahur dan juga berbuka.

Sebagai permulaan, ibu mungkin boleh menyediakan juadah kesukaan anak-anak bagi menarik minat mereka untuk berpuasa.

Ini akan menjadikan mereka menganggap makanan itu sebagai ganjaran selepas seharian berpuasa.


ANAK kecil akan mengikut teladan yang dilihatnya daripada perbuatan ibu bapa.

3. Rancang aktiviti

Ketika berpuasa, kanak-kanak pasti akan menjadi kurang aktif kerana keletihan. Seeloknya, elakkan daripada melakukan terlalu banyak aktiviti luar seperti bermain bola kerana ini menjadikan mereka semakin letih.

Ibu bapa boleh memperbanyakkan aktiviti indoor yang kurang meletihkan seperti menonton televisyen, melukis, mewarna, membaca buku cerita atau bermain permainan seperti Lego bagi mengisi waktu lapang mereka.

4. Lewatkan sahur

Mengejutkan anak-anak untuk bangun sahur merupakan satu perkara yang mencabar. Sekiranya anda mengejutkan mereka terlalu awal, anak-anak mungkin tertidur semula.

Sebaiknya, lewatkan waktu sahur mereka dan sediakan makanan berkhasiat dan enak supaya mereka lebih bersemangat untuk bersahur.


AKTIVITI indoor boleh boleh mengisi masa lapang anak-anak yang belajar berpuasa.

5. Beri pujian

Setiap kali anak-anak anda berjaya berpuasa sama ada separuh hari atau pun seharian, ucapkan kata-kata pujian kepada mereka.

Kanak-kanak memerlukan sokongan dan galakan daripada ibu bapa bagi memastikan mereka tidak berputus asa.

Jika mahu, ibu bapa juga boleh memberikan mereka ganjaran dalam bentuk hadiah seperti duit raya atau pun barangan permainan yang mereka idamkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI