fbpx

Buka lebih banyak kilang sarung tangan di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia memiliki banyak kelebihan sehinggakan menjadikan ia sebagai negara pilihan banyak pelabur dari luar negara. -Gambar hiasan

SEREMBAN – Syarikat pengeluar sarung tangan getah disaran untuk membuka kilang di kawasan Koridor Lateks Pantai Timur (KLPT) bagi meningkatkan pengeluaran produk tersebut yang semakin mendapat permintaan.

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Datuk Dr. Zairossani Mohd. Nor berkata, ketika ini kawasan pengeluaran getah di tiga buah negeri Pantai Timur itu sahaja membabitkan kawasan seluas 400,000 hektar daripada keseluruhan 1.04 juta hektar di seluruh negara.

“Kilang-kilang memproses lateks akan ditubuhkan di koridor ini, oleh itu kami mahu menggalakkan lebih banyak kilang-kilang pengeluar sarung tangan getah untuk beroperasi di Pantai Timur.

“Di sana nanti mereka akan beroperasi secara bersepadu, hasil lateks yang diperoleh boleh terus digunakan (kilang) untuk hasilkan produk (sarung tangan getah) di sana. Ketika ini kebanyakan kilang penghasilan sarung tangan getah beroperasi di Pantai Barat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Lawatan Rasmi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin ke kilang Meditech Gloves Sdn. Bhd di Nilai di sini.

Sementara itu, Zuraida berkata, pengeluaran lateks tempatan ketika ini masih belum mencukupi bagi memenuhi permintaan pihak industri sarung tangan getah di negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI