fbpx
Hoong Fong sebelum ini yang menunjukkan gambar suspek yang diburu polis

Belasah pekerja keranda : Dua lelaki didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dua lelaki termasuk seorang daripadanya yang memukul menggunakan rantai besi dan menampar pekerja perkhidmatan keranda sehingga tular sebelum ini akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, arahan pertuduhan kedua-dua suspek berusia 39 dan 49 tahun itu diterima selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek utama berusia 49 tahun akan didakwa dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

” Manakala, seorang lagi suspek akan dituduh di bawah Seksyen 109/324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu berjaya menahan seorang suspek lelaki kira-kira 6 petang pada 11 April lalu dengan semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau jenayah dan dadah.

Tambah beliau, polis seterusnya berjaya menahan dua lagi suspek termasuk seorang wanita di di kawasan perumahan Taman Koperasi, Jerantut, Pahang.

“Semakan mendapati suspek lelaki (suspek utama) itu turut mempunyai empat rekod lampau.

“Polis juga telah merampas telefon bimbit yang digunakan oleh suspek untuk rakaman video dan juga rantai besi yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya.

Jelas beliau, kesemua mereka direman enam hingga tujuh hari dengan suspek wanita kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan seorang pekerja perkhidmatan keranda dibelasah menggunakan rantai besi selain ditampar oleh rakannya sendiri dalam dua kejadian berasingan baru-baru ini.

Mangsa berusia 36 tahun juga hilang satu jari kelingking sebelah kiri selepas pertengkaran mulut dengan suspek berusia 49 tahun. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN