fbpx

Wabak ASF: Sampel dari 19 ladang babi akan diambil esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakri

PORT DICKSON – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan akan mengambil sampel darah babi daripada 19 buah ladang ternakan babi tanpa lesen di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut di sini, esok.

Sampel tersebut bagi pengesanan kehadiran wabak Demam Babi Afrika (ASF) selepas sebuah ladang ternakan babi di kawasan itu sah dijangkiti wabak berkenaan pada 9 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, kesemua 19 ladang ternakan babi berkenaan terletak sekitar tiga kilometer dari ladang yang telah terjejas ASF.

“Keputusan sampel akan diketahui dalam tempoh 24 jam. Setakat ini, tiada ladang yang diketahui status jangkitan. Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan terus dilaksanakan di 19 buah ladang tersebut,” katanya selepas merasmikan Program Outreach Konservasi Penyu Jabatan Perikanan Negeri Sembilan di Glory Beach Resort, di sini hari ini.

Pada 9 April lalu, media melaporkan Negeri Sembilan mencatatkan kes jangkitan wabak ASF apabila ia sah dilaporkan di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut di sini.

Dua kes positif itu disahkan menjangkiti babi di sebuah ladang yang tidak berlesen dan dipercayai dibawa dari Perak. Sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiti wabak ASF di ladang di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut di sini, telah dilupuskan petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI