fbpx
HANIS ZALIKHA lega melihat anak sulungnya, Yusuf sudah faham tentang amalan puasa.

Solat tak paksa, Hanis Zalikha lega Yusuf puasa sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Yusuf puasa sehari sahaja. Kami tak paksa, tapi dia buat sendiri.”

Itu pengakuan menggelikan hati dari bibir pelakon, Hairul Azreen tentang anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang mula belajar berpuasa pada usia enam tahun Ramadan ini.

Hanya sehari berpuasa sesuai dengan usianya yang masih berstatus kanak-kanak, baik Hairul dan isteri, Hanis Zalikha tidak memaksa anak mereka untuk berpuasa seperti orang dewasa.

“Mungkin sebab dia (Yusuf) tengok kita puasa dan itu membuatkan dia teringin nak puasa. Tapi macam apa-apa berkaitan solat atau puasa, kami tunggu dia bersedia sendiri sahaja.

“Tidaklah nak paksa-paksa. Dia berpuasa penuh sehari pada hari ketujuh Ramadan. Waktu berpuasa, adiknya, Alisa Aisyah ‘offer’ makanan. Kasihan (Yusuf) tapi dia duduk diam sahaja tapi berjaya puasa sehari,” ujar Hanis.

Pemilik nama sebenar, Hanis Zalikha Zainal Rashid itu ditemui Kosmo! Online pada majlis pengumuman dirinya sebagai duta rasmi jenama Innersejuk di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, ditanya tentang tips keibubapaan, Hanis dan suami percaya bahawa bersikap tegas atau garang bukanlah satu-satunya jalan untuk membesarkan anak.

“Anak-anak takut dengan kami terutama saya. Kalau saya naik suara sedikit, mereka memang tak akan buat benda yang ditegah. Tapi, saya percaya apabila bercakap tentang ‘parenting’, masing-masing ada cara tersendiri. Saya tak rasa cara saya paling terbaik,” kata Hairul.

Dalam pada itu, menurut Hanis, dia tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak menyifatkan cara dirinya membesarkan anak terlalu berlembut.

“Saya macam tak bersetuju kalau orang kata ‘oh lembutnya apa semua kan’. Saya macam ‘eh jangan’, sebenarnya, bukan lembut kita tak garang tapi kita tegas.

“Kena tegas jugaklah sebab nak didik anak sebenarnya. Jangan rasa saya lembut-lembut sangat sebab sebenarnya, saya tegas tapi cara saya bercakap mungkin lembut. Kalau tak boleh makna, memang tak boleh. Itu pendekatan saya terhadap anak-anak,” ujar Hanis.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Hanis, 31, diumumkan sebagai duta Innersejuk dan bersetuju dengan potensi kontrak bernilai AS$1 juta (RM4.2 juta). – KOSMO! ONLINE

POPULAR