fbpx

Malaysia mampu juarai aksi kumpulan Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA bakal menjadi sandaran untuk mengutip mata pertama Malaysia dalam kempen Piala Thomas bulan depan.

KUALA LUMPUR – Malaysia dilihat mempunyai kemampuan untuk menjuarai Kumpulan D pada saingan Piala Thomas 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 8 hingga 15 Mei ini.

Biarpun diundi bersama pilihan utama, Jepun, England dan New Zealand, namun bekas jaguh perseorangan kebangsaan, Muhammad Hafiz Hashim percaya ia bukan halangan besar buat skuad badminton negara.

Hafiz yang pernah membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 2022 di Guangzhou, China menyifatkan, Lee Zii Jia bakal memainkan watak penting dalam kejayaan pasukan pada saingan di Impact Arena itu nanti.

“Zii Jia menggalas tugas perseorangan pertama. Walaupun masih tidak meraih sebarang gelaran sejak Seluruh England tahun lalu tetapi dia menunjukkan permainan konsisten.

“Sudah pasti Jepun adalah cabaran terbesar buat pasukan kita dalam peringkat kumpulan kerana mereka memiliki pasukan yang seimbang dalam perseorangan dan beregu.

“Namun, berdasarkan prestasi semasa pemain negara yang agak konsisten ketika ini, saya fikir bukan sesuatu yang mustahil untuk kita menang ke atas Jepun dan seterusnya menjuarai peringkat kumpulan,” kata Hafiz.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pemberitam dalam majlis perlawanan amal badminton anjuran Surau Al-Abidin Perumahan Kastam WPKL antara bekas pemain kebangsaan dengan artis tanah air semalam.

Edisi Piala Thomas kali ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk Malaysia menamatkan penantian bergelar juara sejak kali terakhir melakukannya ketika menewaskan Indonesia 3-2 sewaktu final di Kuala Lumpur pada 1992.

BARISAN pemain dan artis yang menjayakan Program Perlawanan Badminton Amal Atlet Malaysia dan Artis Malaysia di Gelanggang Badminton Sri Kenangan, Kompleks Perumahan Kastam WPKL semalam.

Sementara itu, perlawanan amal badminton antara pemain dan artis tanah air bertujuan mengumpul dana untuk kegunaan Surau Al-Abidin yang ditaja oleh House of Oxygen.

Selain Hafiz, bekas pemain kebangsaan lain yang turut menyertai perlawanan amal itu ialah Roslin Hashim, Mohd. Ariff Latif, Mohd. Zakry Latif, Razif Latif dan Sairul Amar Ayob, manakala antara artis yang hadir ialah Shah Slam, Nomad serta pelakon, Datuk Fizz Fairuz. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI